Movie Search

Showing posts with label Zahiril Adzim. Show all posts
Showing posts with label Zahiril Adzim. Show all posts
0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/12/sesuatu-yang-tertinggal-malay.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=6VrlA0qoWUUendofvid [starttext] Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. 


Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang misteri alam ghaib. Tetiba jek, Mona berubah sikap. 
Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. 
Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? [endtext]

Sesuatu Yang Tertinggal [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/09/klip-3gp-malay.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=5esBMaOSX-kendofvid [starttext] Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. 
Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka. Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. 



Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. 


Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri. Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik. 
Kita tunggu media preview nanti yeee! 
[endtext]

Klip 3GP [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/07/bunohan.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=hGC2zfdGqW0endofvid [starttext] BUNOHAN adalah sebuah kisah aksi best yang ada unsur drama antara ahli keluarga. Usaha mereka untuk berdamai di kampung halaman mereka tidak bertemukan hasil, tapi bertambah parah orang kate.. 
Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, kat sempadan Malaysia. Dalam cite ni, Zahiril berlakon jadi Bunga Lalang. Dia join dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham lakonan Faizal Hussein pulak pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka time diaorg nak balik ke Kampung Bunohan. Ilham juga asal dari kampung itu juga.





Pada waktu yang sama, Bakar (PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil pon pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur, padahal nak bolot harta ayah diaorg. Samapi semua di kampung, memori lama menghantui mereka. MAcam mana kesudahan nanti? Berjayakah Ilham bunoh dieorg? Atau mereka bertiga adik beradik bersatu akhirnya?



Kita tunggu media preview Bunohan tidak lama lagi, dan jangan lupa visit lagi yeee!. [endtext]

Bunohan

1
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/06/tolong-awek-aku-pontianak-media-preview.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=3UMZ82YHbkcendofvid [starttext] Cerita ni memang kelakar habis! Jangan tak tonton! Dari awal, sampai akhir momentum lawak tu maintain jek... Good comedy from James Lee & Gayatri Pillai. Pada awal menulis sinopsis filem ni pada entri #1 Tolong! Awek Aku Pontianak, secara jujurnya, saya tidak menyangka filem ni mampu ke tahap kelakar 'sengal' & 'selambe' yang tinggi macam ni. Memang filem komedi yang ada 'isi', melangkau penonton punya expectation. 
Bayangkan menonton filem komedi tidak kering gusi, pasti ketawa setiap 5 minit!! Gerenti! Sepanjang filem ditayangkan, ramai penonton bertepuk tangan menandakan mesej lawak yang disampaikan, berjaya mengusik hati penonton dengan tepat!
Lawak selamba puak Navi Avatar oleh Rashidi dan Pyan ditemani Bob (Zahiril)

My personal opinion, Director James Lee has been succeeded in creating humors that are spontaneous and relax. It is very easy to digest the humors delivered by the scene. The factors contributed to the successful humors are SITUATION, ACTOR and CHARACTER.
Ejen rumah diaorang lakonan Afdlin Shauki

Watak 'annoying' Rashidi bawak kereta

Maya (Sazzy Falak) dan Bob (Zahiril) dating sebelum scene kena ragut

Aksi romantis naik motor vespa oleh Bob dan Maya

Bob dan rakan-rakannya di parti kostum. Tak tahan tengok Wolverine versi lembut..

Pelakon yang membintangi filem ini juga semestinya penting dalam menjayakan filem komedi ini. Zahiril dengam muka 'nerd' nya, Haron Salim Bachik dengan lawak spontannya, Rashidi dengan gayanya yang poyo dan Pyan dengan gaya lentok dia... Memang berjaya dibentuk dengan baik oleh krew produksi.
Antara hint kelakar dalam movie ni adalah:
AARON SLAM BACH ((Haron Salim Bachik)
HANTU MELAYU TAK TAKUT GARLIC
PUAK NAVY AVATAR

Penampilan tambahan oleh Jehan Miskin jadi tukang buli

Bob terkejut tengok Maya cantik di parti kostum


Pontianak melayu tak takut garlic macam vampire mat salleh rupanye..

Penampilan istimewa artis di parti kostum


Ini aksi paling lawak dalam cerita ni bila 'Bomoh Selebriti' jumpa puak Navi

Komen para pelakon utama:
Sazzy Falak: Enjoy it much. Successfully shaped-up Maya's character with guidance from James Lee. Had to imagine watak 'kayu' in mind. Acting was fun!
Zahiril: Trust the Director capability a lot. It is situation based comedy created beautifully by James.
Haron Salim Bachik: Tak terlintas akan berlakon filem komedi arahan James. Good job in designing this  comedy.
Rashidi: Acting in avatar costumer is quite hard. It was fun on the way.
Liyana Jasmay: Second comedy with James. Proud to be one of the team.
Shanny: Seronok berlakon dengan semua terutama adik-adik dalam cerita yang comel.

Tahniah dari Wayangjom kepada Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai dan Pengarah James Lee kerana berjaya mengeluarkan filem komedi berkualiti.

Penampilan Ariel AF7 di media preview

Penerbit TAAB: Ms Gayatri  

Juga kehadiran jemputan khas Lisa Surihani & Yusry, memeriahkan lagi majlis

Barisan pelakon bersama James Lee dan Gayatri


Zahiril ditemuramah 

Gambar bersama Haron Salim Bachik, expert lawak spontan yang menjayakan filem ini..

Berikut adalah siaran akhbar rasmi dari Tayangan Unggul Sdn. Bhd. :



Sinopsis:
Tarikh Tayangan        7.7.2011
Pengarah                   James Lee
Terbitan                    Tayangan Unggul Sdn Bhd                       
Klasifikasi                  PG13
Durasi                        102 minit


Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh Pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran Pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah Pontianak.
Tapi… keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab).  Datang dari Johor ke KL, semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob.
Bagaimanakah kesudahan filem ini, adakah kehidupan Bob yang loser akan bertukar menjadi lebih baik dengan kehadiran Pontianak ni? Atau menjadi bertambah loser? Sama-samalah anda nantikan di pawagam pada 7.7.2011 ini.



Senarai Pelakon

Zahiril Adzim                                          –  Bob

Sazzy Falak                                            –  Maya

Liyana Jasmay                                       –  Liyana

Sufian Mohamed                                    –  Pian

Rashidi Ishak                                         –  Faizal

Yus Waisar                                            –  Kamal

Nurul Wahab                                         –  Nadia

Syanie                                                  – Fatimah

Ameerul                                               – Noordin

Datuk Jalaudin Hassan                         – Mr. Jamal

Harun Salim Bachik                             – Pak Aaron Slam Bach

Afdlin Shauki                                       – Don

Faezah Elai                                         – Ina

Ruminah Sidek                                    – Old Lady

Jehan Miskin                                       – Eddy

Bell Ngasri                                          – Pembantu Pak Harun

 [endtext]

Tolong! Awek Aku Pontianak [Media Preview update]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/06/tolong-awek-aku-pontianak.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=u_jA-mFTPVcendofvid [starttext] Haa.. filem komedi seram. Mengisahkan Bob (Zahiril) yang lurus bendul, ditinggalkan aweknya, Ina (Faezah Ilai) kerana dianggap loseeerrrrr... Kesian Bob kan?


Takpe, jangan kesian lagi... Bob jumpa awek baru. Cun, tapi pontianak...!! Pontianak tu adalah Maya dan Liyana lakonan Sazzy Falak dan Liyana Jasmay. Kesian betul Bob ni.. Kita saksikan cerita kelakar ni... ADakah betul mereka ni hantu pontianak? Agak-agak boleh lawan Hantu Mak Limah Balik Rumah?




  [endtext]

Tolong! Awek Aku Pontianak

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/03/senjakala.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=BIfHwS2gtkkendofvid [starttext] Satu lagi filem seram ada hantu. 
Dua tiga tahun ni, banyak betul filem hantu di Malaysia kan. Takpe, Senjakala ni hantu dia jenis lain pulak. Terutama scene Liyana Jasmay berlatar belakangkan langsir coklat tu. Yang tu nampak seram dan tak pernah ada orang buat. 
Pengarah filem ni Ahmad Idham lah. 
Pelakon filem ni pon rata-rata good looking.





Ada persamaan tak poster diaorg?



[endtext]

Senjakala

WayangJom Trailer Collections

Favorite Websites and Blogs