Movie Search

Misteri Jalan Lama [Malay] Official Info Release

[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/10/misteri-jalan-lama-malay-official-info.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=pPiXdAYvy40endofvid [starttext]
SYNOPSIS 
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga. 
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. 
Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama. Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebenarnya mereka? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut? nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini bakal menemui penonton pada 24 November 2011. 


SENARAI PELAKON:
Ilya QUE HAIDAR 
Indra HANS ISAAC 
Sania MARION CAUNTER 
Old lady / queen DEWATA VANIDAH IMRAN 
King dewata NASIR BILAL KHAN 
Harak AFDLIN SHAUKI 
Iskandar DATO’ AHMAD TAMIMI SIREGAR 
Botak NAMRON 
Nina LIYANA JASMAY 
Zak ADAM CORRIE LEE 
Zaidi MOHD SOBRI ANUAR 
Sara SABRINA HASSAN 
Jannah SARI YANTI 
Tokey warung YALAL CHIN 
Indra (20 tahun) GAMBIT 
Ilya (15 tahun) A. RAZIF A. RAZAK 
Indra (10 tahun) MUHAMMAD HAZIQUE AHSYARAF 
Ilya (5 tahun) MUHAMMAD REEVES DANIEL 
Indra (5 tahun) IMRAN FARIS 
Budak di hutan MIASARA SHAUKI 
Budak di hutan ANAIS SHAUKI 
Budak di hutan YAYA 
Doktor DELIMAWATI [endtext]

0 comments:

Post a Comment

WayangJom Trailer Collections

Favorite Websites and Blogs