Movie Search

Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts
1
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/12/jiwa-taiko-malay.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=S3np4B__V78endofvid [starttext]Mengisahkan perjalanan kehidupan empat anak muda iaitu Firman (Remy), Trisya (Diana), Freez (Fizz Fairuz) dan Lara (Nadia Nissa) yang dipertemukan di sebuah kelab milik Kak Pora (Mislina). Masing-masing punya cerita tersendiri seperti Firman yang cuba membina kehidupan baru selepas keluar daripada penjara, manakala Trisya mahu dicintai, Freez pula hanya memikirkan kegembiraan dan Lara, jiwa bebasnya ingin terus berdikari. 
Segala rasa dikongsi dengan Kak Pora yang begitu memahami naluri anak muda, malah di kelab Wira Cinta itu juga mereka mempelajari teknik persilatan dan di situlah mereka menyelami erti persahabatan serta kasih sejati. Namun kehadiran Pinto (Bront Palarae), yang menjadi teman baik masa silam Firman hampir menggugat segala ketenangan apabila lelaki itu memberi kata dua sama ada dia kembali ke dunia hitam atau menjadi musuh Pinto selamanya. [endtext]

Jiwa Taiko [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/12/sesuatu-yang-tertinggal-malay.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=6VrlA0qoWUUendofvid [starttext] Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. 


Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang misteri alam ghaib. Tetiba jek, Mona berubah sikap. 
Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. 
Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? [endtext]

Sesuatu Yang Tertinggal [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/12/papa-i-love-you-malay.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=C1HnovaqssAendofvid [starttext] Mengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap. 






DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin. [endtext]

Papa I Love You [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/10/hidden-english-malay.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=EjKU48Rl4Ewendofvid [starttext] Lagi cerita hantu haaa.. Ni cerita pasal seorang ibu tunggal beranak satu bernama Dian, lakonan primadona Erra Fazira. Dia nie, berkahwin dengan penulis mat salleh (lakonan Christopher), seorang duda. Hidup Dian sekeluarga, termasuk anak lelaki dia tu mula dilanda pelbagai kejadian misteri sehinggalah anaknya mati tanpa disedari.. 




Waktu hidup, anak dia ni pulak memang asalnya agak pelik kerana pendiam dan macam hidup dalam dunia sendiri. Pastu, dieorang pindah pulak area yang berhantu la kononnya, terus kacau satu famili.. Lepas anak dia mati, anak dia datang balik cari mak dia.. Manala orang tau kan anak dia dah mati... Kenapa dia hidup balik pulak? Haaa, kena tengok lah nampaknye yee... Erra tue, jalan cerita macam mana pon, bolehlah pergi tengok..! :)


[endtext]

Hidden [English] [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/10/aku-bukan-tomboy-malay.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=a9tZdxdk_O0endofvid [starttext] Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam. 



Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran. 



Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam "AKU BUKAN TOMBOY" sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.
 [endtext]

Aku Bukan Tomboy [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/10/misteri-jalan-lama-malay-official-info.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=pPiXdAYvy40endofvid [starttext]
SYNOPSIS 
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga. 
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. 
Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama. Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebenarnya mereka? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut? nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini bakal menemui penonton pada 24 November 2011. 


SENARAI PELAKON:
Ilya QUE HAIDAR 
Indra HANS ISAAC 
Sania MARION CAUNTER 
Old lady / queen DEWATA VANIDAH IMRAN 
King dewata NASIR BILAL KHAN 
Harak AFDLIN SHAUKI 
Iskandar DATO’ AHMAD TAMIMI SIREGAR 
Botak NAMRON 
Nina LIYANA JASMAY 
Zak ADAM CORRIE LEE 
Zaidi MOHD SOBRI ANUAR 
Sara SABRINA HASSAN 
Jannah SARI YANTI 
Tokey warung YALAL CHIN 
Indra (20 tahun) GAMBIT 
Ilya (15 tahun) A. RAZIF A. RAZAK 
Indra (10 tahun) MUHAMMAD HAZIQUE AHSYARAF 
Ilya (5 tahun) MUHAMMAD REEVES DANIEL 
Indra (5 tahun) IMRAN FARIS 
Budak di hutan MIASARA SHAUKI 
Budak di hutan ANAIS SHAUKI 
Budak di hutan YAYA 
Doktor DELIMAWATI [endtext]

Misteri Jalan Lama [Malay] Official Info Release

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/09/klip-3gp-malay.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=5esBMaOSX-kendofvid [starttext] Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. 
Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka. Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. 



Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. 


Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri. Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik. 
Kita tunggu media preview nanti yeee! 
[endtext]

Klip 3GP [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/08/bujang-terlajak-malay.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=FFDL7ipK3LIendofvid [starttext]
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).




Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).


Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Terlajak.

[endtext]

Bujang Terlajak [Malay]

0
[postlink]http://wayangjom.blogspot.com/2011/08/datin-ghairah.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=24d4dEvC0SIendofvid [starttext] A story about a madam called Datin Gairiah. Datin ni banyak duit, pasal mewarisi harta bapak dia. Ramai orang cuba tekel dia, tapi dia dah suka kat cikgu tuisyen naak dia lakonan Aaron Aziz..
Haa, pasti semua tak sabar nak tengok Datin nie kan... dahle tajuk nye macam tu, Maria Farida pulak tu berlakon... Fuhhhh... Kasi panas!







[endtext]

Datin Ghairah [Malay]

WayangJom Trailer Collections

Favorite Websites and Blogs